PENGENALAN PROGRAM

Kerajaan Negeri Selangor sentiasa prihatin dan cakna terhadap kesejahteraan dan kesihatan warga Selangor.

Inisiatif Selangor Saring diwujudkan bagi menyediakan kaedah dan saluran saringan tahap kesihatan yang sistematik bagi warga Selangor, terutamanya apabila kita menginsafi keterjejasan penjagaan kesihatan bagi penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, dan penyakit jantung sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

Sejumlah RM 1.5 juta diperuntukkan bagi saringan penyakit kronik, RM 800 000 bagi saringan pelbagai jenis kanser, RM 100 000 bagi kesihatan mata, dan RM 300,000 diperuntukkan bagi intervensi obesiti.

Permohonan & Penyaluran pakej saringan bakal dilaksanakan secara digital melalui aplikasi Selangkah, bagi meningkatkan efisiensi dalam pemantauan, dan meminimakan ketirisan semasa agihan.

OBJEKTIF PROGRAM

Saringan kesihatan dilaksanakan bagi membolehkan pengesanan awal penyakit tidak berjangkit, kanser dan penyakit mata terpilih.



GOLONGAN SASAR

Penduduk di Negeri Selangor yang mempunyai faktor-faktor risiko bagi penyakit sasaran (seperti sejarah keluarga, obesiti, gaya hidup dll) serta belum mendapatkan sebarang diagnosis daripada mana-mana fasiliti kesihatan.



MEKANISME PENDAFTARAN

Individu yang berminat boleh mendaftarkan diri melalui:

  • Aplikasi SELangkah
  • Talian hotline SUKA
  • Pusat Khidmat DUN

Setiap pemohon yang mendaftar akan menerima baucar saringan mengikut kelayakan berdasarkan soalan saringan awal ketika proses pendaftaran.



JENIS SARINGAN

  • Ujian fizikal
  • Ujian darah
  • Ujian air kencing
  • Saringan mata
  • Swab servik
  • Ujian iFOBT
  • Ujian Mammogram

PENYAKIT DISARING

Kategori A: Penyakit Tidak Berjangkit

  • Jantung

  • Darah Tinggi

  • Kencing Manis

  • Buah Pinggang

Kategori B: Kanser

  • Kolorektal

  • Prostat

  • Serviks

  • Payudara

Kategori C: Mata

  • Rabun

  • Glaucoma

  • Retina

KHIDMAT SOKONGAN

Sebarang pertanyaan berhubung pendaftaran program boleh diajukan ke talian