Saringan sistematik bagi warga
Selangor untuk kekal sihat.

#SaringAwalCegahAwal

Apa itu Selangor Saring?

Selangor Saring ialah sebuah program

saringan kesihatan sistematik yang

dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Ia bertujuan menawarkan pemahaman yang

menyeluruh mengenai kesihatan peserta dan

mengesan awal sebarang risiko penyakit.

Saringan Kesihatan Yang Ditawarkan

Pemeriksaan Fizikal

Mengukur dan menilai keadaan kesihatan am pesakit

Ujian Darah

Memeriksa paras gula dalam darah pesakit dan kiraan darah penuh

Ujian Air Kencing

Menganalisa sampel air kencing untuk sebarang kandungan abnormal

Ujian iFOBT

Menganalisa sampel tinja untuk darah, yang berpotensi menjadi simptom awal kanser kolon

Swab Serviks

Menguji kewujudan HPV atau sel abnormal yang boleh mengakibatkan kanser pangkal rahim

Ujian Prostat

Mengira kadar antigen spesifik kepada prostat (PSA) dalam darah

Mammogram

Mengesan perubahan atau keabnormalan pada tisu payudara

Pemeriksaan Mata

Mengesan masalah penglihatan khususnya rabun, glaukoma dan retina

Pemeriksaan Gigi

Memeriksa sekiranya terdapat sebarang kelainan pada bahagian dalam mulut

Pemeriksaan Telinga

Mengesan sebarang kerosakan pada organ pendengaran

Fisioterapi

Memperbaiki fungsi keseluruhan tubuh individu

Manfaat Selangor Saring

Jalani saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Negeri Selangor

Semak rekod kesihatan digital dengan mudah melalui aplikasi Selangkah

Daftar dan tebus kupon saringan dengan mudah melalui aplikasi Selangkah

Jalani rawatan lanjut dengan merujuk kepada rekod kesihatan yang menyeluruh

Daftar sekarang untuk
#SaringAwalCegahAwal

Video Tutorial

Soalan Lazim

Program ini diwujudkan bagi menyediakan kaedah dan saluran saringan kesihatan yang sistematik bagi warga Selangor.

Program ini terbuka kepada semua penduduk negeri Selangor yang terdiri daripada semua lapisan umur, mempunyai faktor-faktor risiko penyakit sasaran (seperti sejarah keluarga, obesiti, gaya hidup dan lain-lain) serta yang masih belum mendapatkan sebarang diagnosis daripada mana-mana fasiliti kesihatan.

Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi Selangkah. Muat turun di sini: https://app.selangkah.my/web/

Setiap pemohon yang berjaya mendaftar akan diberi baucar saringan melalui aplikasi Selangkah mengikut kelayakan mereka yang dikenal pasti berdasarkan jawapan kepada soal selidik pra-saringan yang mereka berikan ketika mendaftar.

Program ini adalah percuma mengikut syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Setiap orang hendaklah mendaftar di dalam aplikasi Selangkah menerusi butang Selangor Saring. Kupon elektronik akan dijana di dalam aplikasi Selangkah peserta.

Jumlah kupon Selangor Saring yang diberikan bergantung kepada lokasi program — sama ada 500 atau 1,000 kupon untuk setiap lokasi.

Untuk menentukan jika beliau layak untuk disaring, dan jika ya, mengenal pasti jenis saringan yang beliau layak jalani. Setiap pemohon akan mendapat kupon saringan mengikut penilaian risiko yang dijawab.

Laporan ujian saringan akan dipaparkan di dalam aplikasi Selangkah menerusi butang Selangor Saring.

Keputusan ujian saringan mereka akan tersedia dalam masa 5 hingga 7 hari selepas tamat program yang mereka hadiri.

Peserta perlu bawa kad pengenalan mereka bagi tujuan pengesahan serta rekod kupon Selangor Saring di dalam aplikasi Selangkah mereka.

Program ini hanya melibatkan warganegara Malaysia sahaja.

Tidak. Peserta hanya dibenarkan untuk pergi ke acara yang didaftarkan. Mereka tidak sama sekali dibenarkan pergi ke tempat yang berlainan. Untuk menukar tarikh atau lokasi, mereka perlu tekan pautan “Tukar Sesi/Tarikh Program” di halaman Kupon Saringan di dalam aplikasi Selangkah mereka.

DUN pilihan anda mungkin tidak menyediakan saringan yang anda layak jalani. Sistem aplikasi Selangkah hanya akan menyenaraikan lokasi-lokasi yang menyediakan saringan mengikut kelayakan anda.

Kelayakan peserta adalah berdasarkan penilaian faktor risiko beliau. Ia ditentukan melalui jawapan bagi borang saringan awal yang peserta ini kemukakan semasa pendaftaran. Contohnya, sekiranya anda telah dinilai mempunyai faktor risiko bagi penyakit jantung dan kanser kolorektal, anda akan menerima kupon ujian saringan bagi penyakit tersebut.

Bagi peserta tahun 2022 yang ingin menyertai program 2023, ujian saringan yang mereka boleh ulangi ialah ujian darah, ujian air kencing dan pemeriksaan fizikal. Sementara itu, sesetengah peserta tahun 2022 yang layak sahaja yang boleh menjalani saringan kanser di program Selangor Saring 2023.

Ada Pertanyaan?

Hubungi kami melalui pautan di bawah
berdasarkan pertolongan yang anda perlukan.

Talian SelCare

Untuk soalan am dan permintaan
bantuan mengenai perkhidmatan
saringan kesihatan

Hubungi Talian Selcare

Bantuan Teknikal Selangkah

Untuk bantuan khidmat teknikal
pelanggan berkaitan dengan
Aplikasi Selangkah

Hubungi Melalui Telegram

Talian Penjagaan Kesihatan Komuniti SUKA

Untuk soalan mengenai saringan
kesihatan dan bantuan dalam
komuniti

Hubungi Talian SUKA